Saturday, May 28, 2005

Kempen Budi Bahasa??...

Subuh pagi tadi, lepas solat, cam biasa la aku menadah tangan untuk berdoa, tiba-tiba Nurin dok depan aku (dia bangun awal hari ni..)...

'Mama, pleaseee...kukak (bukak)..'...sambil tangan dia pegang plastik kecik, dalam plastik tu ada rubber (getah pemadam pensel)...

Korang tahu, aku 'terstop"..tak jadi berdoa...Alahaii...punyalah aku tunggu saatnya bila akan muncul, sekarang baru tiba. Kalau tak kerana kempen budi bahasa pun, tentu each of us nak anak jadi jadi sorang budak yang bersopan santun kan? Sekarang ni, dah 3 nak masuk 4 minggu, aku ajar Nurin guna perkataan 'please', dalam apa juga perbuatan yang memerlukan pertolongan aku atau babah dia. Nurin ni lak, kalau ajar, mmg lambat nak 'catch up'..

Jadi, setelah mengajarnya sekian lama, baru la pagi tadi dia guna perkataan 'please' tu...terkejut ada, happy pun ada...actually dah lama dia minta aku buang plastik yang balut rubber tu, tapi aku tak nak buat sebab takut dia gigit-gigit atau makan rubber tu, tapi sebab dia guna perkataan 'please' tu, cair lak hati aku...ye la..cuba korang bayangkan, dengan muka penuh harapan, siap senyum lagi...mana la tak cair....iiskk...kalau la lepas Nurin menyalahgunakan perkataan "please' tu untuk minta apa-apa yang tak sepatutnya dia minta...abis la aku....

Ok la gang, nak balik dah, hari ni ada 'date'...dengan sape?...iiskk...sape lagi, dengan my hunny bunny la...hehehh...

Friday, May 27, 2005

Letih

Letihnya la 2,3 hari ni...kalau malam tu, kadang-kadang blom kul 9.30 mlm dah kong!...kain baju yang basuh dari hari isnin, tak sempat lipat lagi...korang bayangkan la, hari-hari aku basuh baju, punya la banyak baju kering sampai bakul tempat letak baju pun dah tak nampak sebab kain baju dah melimpah-limpah!...

Keletihan aku ni, akan berlarutan sampai 3 minggu lagi, bukan apa, sekarang ni tengah buat eksperimen sampel-sampel dari luar, byk sgt sampel..tapi Alhamdulillah, nasib baik ada practical student, pada diaorg la aku bergantung harap...kalau diaorg takde, aku bole gak buat sendiri, tapi mesti kelam kabut..

Tapi takpe, letih-letih pun sebab aku mmg buat keje, aku rasa letih duduk je sebab takde keje lagi teruk kot?...heheh...

Thursday, May 26, 2005

Sakit tekak

Dah beberapa hari aku sakit tekak...sejak hari ahad. Masa tu masih kat kampung. Frust la jugak sebabnya takleh nak makan sgt (..aku rasa sebenonya Tuhan nak bagi peringatan, makan tu berpada-pada, ni tak asik melantak je...iiskk...)..sampai hari ni, masih sakit tekak, siap batuk sekali...Takpe la, sakit sikit-sikit je, still bole jalan, makan, buat keje, ok la tu...orang lain ada lebih teruk dari aku...bersyukur la aku cuma sakit tekak je, Alhamdulillah...

Nurin pun cam tak brape selera nak makan. Tak tahu apsal, tapi bila kat umah mak dia, asik makan la pulak, Hubby plak sakit satu badan. Bulan ni mmg byk driving, outstation, balik kampung, jalan-jalan ujung minggu, kebetulan pulak kat opis dia nak pindah, angkat barang lagi, badan lak lama tak servis (berurut)..tu yang sakit kot...

Biasa la kita ni, bila tak sakit, enjoy je, buat keje tak renti-renti, tak pun tak pedulik langsung kesihatan, maksudnya, tak bersenam dan jaga makan..bila dah sakit, dah terbaring, baru la tersedor...bila cakap pasal bersenam lak, aku baru ingat tak datang kelas aerobik last week...bukan sengaja tau, tapi aku cuti balik kampung..takpe, minggu ni aku pegi la...bagus tau bersenam ni, nanti aku citer kat entry lain pasal bersenam ek..

Burger

Korang suka makan burger tak?...bukan..bukan..bukan burger McD atau KFC…alahh, burger yang kat tepi-tepi jalan tu…yang daging dia normally guna Ramly® Burger tuh…haa..betul la tu…kalau kat serdang ni, ada Otai Burger, ada Santak dan macam-macam lagi la…(sekadar menyebut beberapa je..).

Aku dah lama tak makan burger cam ni, last time aku makan tahun lepas kot… sejak minggu lepas aku rasa cam teringin je nak makan burger ni… Semalam, aku bertekad, ‘hari nih, aku mesti makan burger’ kata hatiku, pada hubby aku dah siap-siap tepon..’ Honey, malam ni kita makan burger je ek?’ dengan nada manja aku berkata..’ok, no problem’ kata hubby ku…heheh…selamat! Malam ni takyah masak!

Selepas me’nyervey’ dgn bebudak kat lab, burger mana yang best, aku pun beli la burger kat situ (actually, tak tahu la betul ke tak gerainya, sebab banyak sgt gerai burger kat situ). Aku beli burger ayam spesel, hubby lak burger ayam dgn cheese..emm…baunya, rasa macam nak makan kat situ gak!..

Balik tu, lepas mandi dan solat, kitaorg pun mengadap la burger yang kuidam-idamkan tu..buka je pembungkusnya..uuii…banjir burger kitaorg dgn mayonis dan sos….apa lagi…Ngap!..nyum..nyum….puuhh…sedap sioottss….mmg best, sebiji je dah mengubat kerinduan ku pada burger…lepas ni, lambat lagi la kot nak makan burger…bukan apa, dengan mayonis yang melimpah ruah tu, teringat lelemak yang melimpah ruah kat perutku ini…heheh…

Apa-apa pun, best woo…try la hari nih…

Wednesday, May 25, 2005

Pelajaran pertama...

Pelajaran pertama menjadi seorang ibu, (lepas pantang la…bila dah dok sorang-sorang)…aku dapat melalui website www.babycenter.com , iaitu kita perlu melatih anak kita seawal 2,3 bulan untuk tido pada awal waktu malam. Kebaikan baby tido awal ni, supaya ibu-ibu yang bekerja macam kita ni, bole la buat keje-keje lain macam basuh baju ke, masak ke, tido ke…heheh..kiranya bole la kita rehat awal..

So, aku pun meng’eksperimen’kan la Nurin untuk teori yang aku dapat nih… lepas abis pantang, bila aku balik kl, aku akan make sure, Nurin tido lepas maghrib, dan kalau korang nak tahu, aku berjaya melatihnya!..Normally Nurin akan tido dalam kul 8 mlm sampai la esok pagi, ada gak dia bangun tapi biasanya nak susu je la…(ini tak ambik kira kalau dia sakit perut ke, ada tetamu kat umah ke, cam mak bapak aku datang ke)..

But of course, tak semua baby sama, tul tak?… as for Nurin, aku berjaya melatihnya sebab, Nurin ni baby yang aktif waktu siang, so bila malam dia akan tido selena-lenanya dan dia tinggal dgn aku, mama dan babahnya sahaja, so takde gangguan orang lain. Kiranya aku bole control environment rumah la..

Well, pada pendapat aku, sebagai ibu bapa, kita tentunya nak yang terbaik untuk anak kita, rite?..dalam hal ni aku sangat-sangat percaya, kita sebagai ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam membentuk anak-anak, yang mengatur cara hidupnya, mengajar yang betul, menentukan apa yang bole dan tak bole dilakukan. Tapi tak semestinya la kita kena jadi diktaktor cam nazi tu..iiskk…kena la ada cara, kalau baby, buat la style baby, kalau remaja buat, ikut la rentak gayanya…

‘susah la’…’nakal sgt’….takmo dengar cakap la’…biasa la tu, budak mmg camtu, tapi sebagai ibu bapa kita kena firm/tegas, at the same time penuh kelembutan , kemesraan , timbangrasa dan hormat..'eh! camne tu?'….heheh…nanti la aku citer lain kali, sebab dah byk sgt entry kali…nanti korang boring la pulakkan…kalau aku ada masa dan idea, aku sambung balik bila-bila ek….Sekian untuk pelajaran pertama.. :)

p/s: terima kasih mak andeh, saya banyak belajar cara mendidik anak melalui akak, thanks for everything!

Tahniah!

Entry kali nih, istimewa untuk kawan-kawanku yang bergelar ibu buat pertama kalinya. Tahniah untuk Zura (Muhammad Alim Aiman), Julia (Jasmin Sofea), Mar (Iman Irina), Ana (Noor Marlisa Zahra..errr..kalau tak silap..iisk), As (Muhammad Syaamil), Kak Nina (Najiha Khadeeja), Ani (Nur Aina Fatin) dan sesape yang tak tersebut namanya sori ek...dan juga bakal-bakal ibu yang akan melahirkan anaknya sooon...

Camne? sronokkan ada baby? memula rasa dia membesar dalam rahim, pastu bila kuwa, rasanya baby kita la yang paling comel dalam dunia...heheh...tapi itu part yang best je la...yang tak best, berjaga malam, perut kembung, sakit..etc..tercabar sungguh kewibawaan sebagai ibu dan bapa.

Kat sini, aku nak kongsi pengalaman aku sebagai seorang ibu pada Nurin Salma selama 2 tahun 2 bulan 28 hari sejak dia dilahirkan untuk korang semua, juga melalui pembacaan, buku-buku dan petua orang-orang tua...pengalaman korang pun sangat la di alu-alukan...

So guys, tunggu ek entry seterusnya, aku nak pi buat eksperimen dulu....heheh...(ini la kes menulis blog sambil buat keje..heheh)

Tuesday, May 24, 2005

Kesiannyerr...

Semalam, awal lagi Nurin dah tido, lepas maghrib je dah lena...letih kot, perjalanan balik dari batu pahat meletihkan dengan matahari panas membahang, perut dia pun tak brape sedap, masuk angin, tu la makan main-main, suruh makan tak nak...

Bila Nurin dah tido, best la, mama ngan babah layan vcd, tenguk LAX dan Las Vegas pastu terus masuk tido, kong!...tak ingat apa dah, baca doa tido pun tak sempat...tiba-tiba terasa cam Nurin je kat sebelah, nak bangun jugak, tapi tak leh la, terus sambung tido siap mimpi lagik...sekali tu bila sedar, laaa...elok je Nurin dok menyangkung kat sebelah, aku trus bangun 'Nape anak mama ni, mari sini (aku peluk dia)'...dia pun dengan bibir yang mencebik-cebik..'nak susu'...alahai..kesianyeerr..ntah brape lama la dia dok menyangkung kat seblah aku tu...

Aku trus bangun buatkan susu, agaknya dah haus sangat, Nurin pun ikut sekali pi dapur, lepas buat susu, aku temankan dia menyusu kat bilik dia (so far, sejak Nurin tido asing, tak penah lagi dia balik tido semula dgn kitaorg)..sampai dia habis menyusu baru la aku sambung tido kat bilik aku...

Hmm...penat sangat, maklum la ujung minggu balik kampung..bestt..best...asik makan je...hehehe..

To My Hunny Bunny....

FANTASI CINTA

Dulu kita angankan cinta sehebat kisah lagenda

Aku laksamana engkau puteri di gunung kita bersemadi
Kau aku cinta itulah kata terakhir buat diriku
Jiwa gelisah kita terpisah akan aku tebus dirimu

Chorus
Cinta kita berdua memang tiada penghalangnya
Sekukuh tembok batu pasti juga kan runtuh ku rempuh
Cinta kita berdua seluas langit tanpa hujungnya
Takkan tercari semua terletak di hati

Mereka bilang cintakan hilang sebelum kau temu yang baru
Jika tu benar tak terciptalah puisi ini untuk dirimu
Kau pejam mata fantasi cinta guna mata ketigamu
Aku pimpinmu terbang ke sana tuju istana rahsia

Chorus
Cinta kita berdua memang tiada penghalangnya
Sekukuh tembok batu pasti juga kan runtuh ku rempuh
Cinta kita berdua seluas langit tanpa hujungnya
Takkan tercari semua terletak di hati

Bridge
Hulurkan tanganmu jika kau terjatuh
Ku di sini untukmu… (ku di sini untukmu)
Kau bersedialah untuk menerima
Cinta yang takkan luntur…

Solo
Chorus

Cinta kita berdua memang tiada penghalangnya
Sekukuh tembok batu pasti juga kan runtuh ku rempuh
Cinta kita berdua seluas langit tanpa hujungnya
Takkan tercari semua terletak di hati

(ulang chorus)

daripada album Khafi (Satu Jengkal)

Honey, this song specially dedicated to you my beloved husband and a great dad for Nurin. Terima kasih kerana, membiarkan telinga mendengar segala bebelan dan leteran, membiarkan lengan untuk menjadi bantal, membiarkan kaki membawa ke mana sahaja tempat yang ingin ku pergi, membiarkan hati menahan segala rajukku dan membiarkan cinta serta kasih sayang menyirami kehidupan kita ini. Semoga kita sama-sama dapat melalui kehidupan ini, melihat anak-anak membesar , menggapai segala impian dan harapan serta dipanjang jodoh hingga ke akhir hayat..Amiinnn...

(Heheh...sori la geng, hari ni terjiwang sikit, sejuk kot...sebab kat luar pun cuaca redup je...pastu lagu ni, 2,3 kali aku dengar kat ERA sepanjang hari ni,...sesekali meluahkan perasaan, bagus tau, sekurang-kurangnya hubby/wife kita tahu, kita sayang kat diorg..bukan masa waktu bercinta je...baru la anak-anak tenguk, bagus la mak bapak aku, loving je...hehhe..kita mesti la tunjuk teladan yang baik...oopps..cukup la..banyak lak merapunya...)

Thursday, May 19, 2005

Balik kampung membawa hati yang duka....

Hari ni last day keje dalam minggu ni, esok pagi-pagi nak balik batu pahat..tak sabo nak balik, nak jumpa mak ngan abah, nak lupakan perkara-perkara yang berlaku dalam minggu ni...

Walaupun aku cuba lupakan perkara-perkara yang tak best berlaku dalam minggu, tapi sekali-sekala tu terlintas juga difikiran..terkenang la juga sekejab, apsal la aku buat macam tu, kenapa la aku tak fikir dulu??...tapi, semuanya dah berlaku, idup mesti diteruskan juga...(eemm...start la aku nak bersedih balik nihh...iiskk..)...

Orang kampung dah sibuk tanya bila nak balik..hehe...ni yang best ni...cakap je la nak makan apa, nanti ada la orang buatkan...sampai tak larat nak makan kalau balik kampung...mak pun, macam takde keje lain, asik masak je...abah sampai bising, apa je la yang mak ko buat kat dapur tu...hehe...biasa la mak, suka anak menantu balik,sibuk masak makanan kegemaran kitaorg...

Harap-harap balik nanti, dapat la mengubat kedukaan di hati, balik sini dengan happy dan ceria...doakan ek... :)

Wednesday, May 18, 2005

Anakku, Si Pelakon Airmata

Senario : di meja makan, nurin tengah meramas-ramas makanannya

Babah : nurin no! tak mahu buat macam tu yek..
Nurin : (mencebikkan bibir)..eemm..mama...babah..(mengadulah kononnya)
Mama : nurin buat apa? nurin buat salahkan? sebab tu babah marah..
Nurin : hu hu hu...(menangis selama 15 saat tanpa mengeluarkan airmata, sambil tangan menggosokkan mata)
Mama & Babah : (buat derk je, sambung makan)
Nurin : (aiseyyy...no response la, berhenti menangis, tersenyum, sambung makan dan main-main dengan makanannya semula)

Hmmm...korang rasa, anak aku bole pi screen test tak??

My Dear Friends..

Aku ok dah ari nih...tapi semalam punya tensen, aku makan snek Corntos tu tak sampai 5 minit, makan coklat lagi, pastu tido awal!!...heheh....kalau ler aku selalu tensen, sedih macam semalam, mau bertambah bulat aku dibuatnya, kaya la tokey kilang snek ngan coklat...oh ya, tak lupa buat my beloved hunny bunny, terima kasih tak terhingga kerana tidokan nurin awal, kemas umah dan sidai kain...(aku dah kong awalkan?..hehe..)...

Buat kawan-kawan yang sentiasa memberikan sokongan, tak kira waktu susah atau senang, terutamanya sany dan mazia, thank you so much! Don't worry, aku kalau tak betul, kejab je, kalau lama-lama sangat nanti orang lain pun pelik, diaorang ingat aku dah buang tebiat kot..

Mazia, aku tak kecik ati kat ko...biasala, setiap orang ada agenda, masalah tersendiri, aku cuma bagi ruang kat ko, supaya ko bole settle apa-apa yang patut...cuma aku nak ko tahu, kalau ko perlukan bantuan aku, aku sentiasa sedia untuk membantu!!...bukan mazia sorang, yang lain-lain pun camtu gak...sebab tanpa kawan (korang semua la...) idup aku tak sehappy dan seceria ini. Friends are a wonderful things to me!!...

so, jumpa lagi, nantikan pengalaman dan cerita menarik about my little princess...tunggguuuuu....

Tuesday, May 17, 2005

Another sad story....

Hmm...malang bertimpa-timpa betul hari ni...lepas satu-satu nampaknya...sedihnya hatiku, Tuhan je yang tahu...rasa bersalah, sedih, silih berganti....orang lain maybe nampak aku ok je, ketawa, bergurau, bole makan minum lagi...tapi, kalau la org bole nampak hati aku...mesti berlubang-lubang....

Aku nak jadi org yang kuat semangat, tak mudah putus asa dan tak mudah menyerah kalah...dan aku pun tak suka nak sedih-sedih, that not my type...cuma tu la, kalau ada buat silap, cuai, mmg bole buat aku suffer....sbb apa yang ada kat kepala cuma " i am the perfectionist"....sbb tu kalau ada buat silap sikit...aku akan susah hati, sedih dan tensen...cuma skang ni je, aku blaja menerima kenyataan dan maafkan diri sendiri...yang penting, aku akan belajar dari kesilapan...

Pada sape-sape yang aku buat silap hari nih, kak farid, kak erin, mahendra, ma...i'm very-very sorry....please forgive me...

Malang sungguh....

Hai...apa la malang sungguh nasib ku hari ni...aku dah plan betul-betul keje yang akan dibuat, berhati-hati, bersungguh, dengan semangat yang berkobar-kobar...yang sedih tu, baru je masuk sampel ketiga, mesin yang aku guna tu skru dia patah...

Yang sedih sgt tu, aku guna sampai satu jam, dah problem...mmg silap aku pun, tapi aku betul-betul tak sangka bole jadi camni...supervisor aku yang guna bertahun pun tak apa-apa, aku baru guna kejab dah jadi camni...

Aku sedih, takut, bersalah giler...tensen pun ada...macam mana la bole jadi camni, macam takleh nak terima kenyataan sbb aku kalau buat keje cukup berhati-hati, planning betul-betul...aku akan buat sehabis baik...ntah la...

In positive side, aku ambik semua ni sebagai pengajaran, kena terima gak kenyataan sbb semua ni qada dan qadar Tuhan, ntah apa la hikmahNya, aku tak tahu...cuma aku harap, everything will be fix up dan ok...amiinn...

Monday, May 16, 2005

Selamat Hari Guru

Selamat hari guru! Siapa la kami tanpa mu!!..cheewaahh...kasi la can cikgu-cikgi kat luar sana kembang sikit hari nihh...tapi mmg betul pun, tanpa cikgu, kita mungkin tidak berada pada kedudukan sekarang...

As for me, aku ni mmg hampas sikit pasal mengingati cikgu-cikgu yang penah ajo aku, kecuali cikgu-cikgu yang penah meninggalkan kenangan pahit / manis, yang aku sayang atau yang penah 'sound' aku...yang lain-lain tu, sebaik je aku tinggalkan sekolah, memori pasal diaorg terus hilang dari kepala otak aku ni...heheh...sori to say la ek...bukan apa, ada tu buat aku menyampah kat cikgu tu, daripada aku dok kenang-kenang benda yang menyakitkan hati, baik aku lupakan terus....tapi, kalaulah ada cikgu-cikgu aku terbaca blog aku ni, sama ada aku ingat kat diaorg lagi atau tak, aku nak diaorg tahu, betapa aku sangat-sangat menghargai jasa-jasa diaorg....

Buat insan-insan yang bergelar guru terutama ibu mertuaku Puan Hjh Halimah Sha'aban dan bapa mertua ku, Tuan Haji Ahmad Raqi Abdul Rashid, Siela, Ani, Abg Mas, Baha, Cik Mi, Julia, Linda, Mus, Puteri, Siti dan sape-sape yang tak tersebut tu, Selamat hari guru, semoga terus tabah dan dedikasi mendidik anak bangsa!..

Thursday, May 12, 2005

First night..

for the first nite, nurin tido sorang-sorang kat bilik sebelah semalam.... sebenarnya dah lama nak ajar dia tido kat bilik sebelah...tapi tak sampai ati, macam kecik je lagi...tapi bila semua kat satu bilik, rasa penuh lak bilik aku tu...tilam aku, tilam dia....

hubby tanya gak, "sampai hati ke?...tak risau ke?"...eemm..aku tawakal je, kalau tak, sampai bila nurin nak menempel ngan kitaorg...seblom tu aku tidokan dia dulu, kasik susu kenyang-kenyang...pastu angkat dia letak atas tilam kat bilik sebelah...make sure everything ok, baru la aku masuk tido kat bilik aku...

aku tersedar kul 5.15 pagi, nurin masuk bilik aku, sambil gosok-gosok mata...aku ajak dia baring kat lengan aku...aku tanya dia, "nurin nak susu ek?... nurin pegi masuk bilik sebelah, nanti mama buatkan susu...."sekali tu dia terus masuk bilik dia semula, aku bagi susu terus sambung tido....heheh...macam paham je, bagus gak..tapi tunggu lak malam ni camne...

Monday, May 09, 2005

Selamat Hari Ibu

Sebab semalam cuti, jadi baru hari ni la dapat aku cerita sikit pasal hari ibu ni...Kepada ibu-ibu di luar sana, selamat hari ibu diucapkan, semoga terus sabar dan tabah menghadapi hari-hari mendatang...

Pagi-pagi lagi aku dah telefon mak nak ucapkan selamat, terkocoh-kocoh dia menjawab, rupa-rupanya kat pasar sibuk berbelanja, pastu telefon mak mertua plak, terharu dia sbb aku org pertama yg ucapkan selamat hari ibu...heheh..maklumlah, menantu mithali....dia pun sibuk kat pasar...eemm....macam tu mak-mak kita ni, walau pun pegi pasar bukan tugas wajib, takut bila dok terkenang, husband nak makan apa, anak-anak lagi...pepagi dah meredah pasar cari lauk-pauk...haiii..alangkah bagusnya kalau ada kat umah masa-masa ni...bole la order nak makan apa...hehehe...

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan selamat hari ibu untuk kawan-kawan yang baru menimang cahaya mata pertama tahun ni. Zura, mar, ana, julia, ani dan kak nina...welcome to a wonderful of mother!!...pada yg lain-lain tu, selamat hari ibu gak diucapkan, semoga sentiasa sabar dan happy dalam melayan kerenah anak-anak..pada sape-sape yg tgh pregnant tu, sabo ek, anda bole sambut hari ibu ni tahun depan....

Friday, May 06, 2005

Sains Muar BBQ Gathering

hai korang....

sori la, lama tak update (dlm email)...minggu lepas dgn kursusnya, pameran kat picc....student praktikal lagi..iiskk...letih sungguh...aku punya mailbox pun dah penuh, ingat nak forward kat korang, kalau sempat aku buat la...kalau tak, alamat ditong sampahkan la jawabnya...

seperti yg dirancangkan, Alhamdulillah, gathering yg dirancangkan berjalan dgn jayanya...kitaorg beranggapan untuk permulaan ni, ok la...ye la, bukan senang nak ngumpulkan org..tul tak?

yg dtg tu dlm 35 org dgn pasangan memasing...baby 3 org, tapi anak deli dikuarantinkan sbb meragam jek...jadi aku pun tak jumpa bini deli...

makanan ok...byk gak yang tak abis...agaknya semua malu kot..heheh....tapi aku rasa yg best tu sbb org kata aku kurus sikit dari masa kat sekolah dulu....hahah...hakikatnya, aku sorang jek yg tahu....

yang paling aku perasan sekali, kebanyakan orang dah berubah dari segi fizikal...terutama sekali tang perut..kalau tak caya, korang tanya nad...heheh...tapi mlm tu rasa singkat sangat, ye la, start pun dah kul 8.30 mlm...aku ngan nad tak stay, so takleh la nak melepak lelama...tapi camne pun aku tabik spring la dgn organiser, nak buat benda-benda camni bukan senang..oh ya..seblom balik kitaorg dapat souvenir lagi...heheh...

ok arr...lepas ni, kita plan betul-betul, pastu kita pegi ramai ek?...

Pertama kali....

Assalamualaikum...dan salam sejahtera..

hai kawan-kawan ku sekalian and other readers....so, hari ni hari pertama aku menulis dlm blog aku nih...ni pun selepas baca blog org lain...hehe..rasa cam best je ada blog sendiri..kebetulan lak mmg suka menulis/berceloteh...tapi malas nak tulis kat diari, sekurang-kurangnya bila ada blog ni bole la menaip...dan mana lah tahu bole melatih buat tulisan kreatif...heheh...so, satu ari nanti, bole la korang baca novel aku kat pasaran... ;)

dan diharap dgn adanya blog ni, bole la kita share pendapat ke, pengalaman ke atau apa-apa je buah fikiran...k?...

jumpa lagi nanti...